Aq seorang gadis yang dilahirkan pada tahun 1992
Ini bermakna aq berumur 19 pada tahun 2011 ini..
Aq dilahirkan pada 27 Feb di Hospital Besar Batu Gajah,Perak
Dimana setelah aq dilahirkan di hospital itu..
Kami berpindah ke Teluk Intan dimana rumah nenek dan saudara mara ibu aq terletak
Aq tidak pernah menjejakan kaki di pekan Batu Gajah itu sehingga sekarang..
Mesti sudah banyak yang berubah disitu
Aq dilahirkan pada hari khamis pada pukul 11.49am
Mengikut kepercayaan orang india.. Aq lahir seminit sebelum waktu celaka bermula..
Ya,aq gadis India yang beragama Hindu.
Pada masa aq lahir itu, aq sudah mempunyai seorang kakak dan seorang abang..
Sewaktu aq lahir.. kakak aq berusia 11 tahun manakala abang aq 9 tahun
Sangat jauh bezanya jarak antara usia aq dan mereka..
Aq lahir ketika ibu aq berumur 37 tahun..
Setelah abang aq lahir,Ibu aq tidak mahu mempunyai anak lagi..
Dimana dier telah menggunakan kaedah IUD yang popular pada masa itu
Setelah hampir 9 tahun dier memakai IUD itu,dier membuat keputusan untuk
mengeluarkan IUD itu dengan jaminan yang dier tak mungkin akn mengandung lagi setelah 9 tahun tiada anak.. Lagipun usianya sudah selewat 37 tahun
Tapi,wat to do!
Aq TER-ada jugak dalam kandunganyer
Disebabkan dier sayangkan kandungan yang sudah 4 bulan itu..
Dier tidak jadi menggugurkan nyer..
Klau tidak mungkin tidak wujud belog nie setelah 19 tahun :)
Pada masa ibu aq mengandungkan aq,dier sangat takut pada ayah aq..
Ayah aq merupakan seorang tentera laut.. Dier berada di rumah selama 3 bulan.. dan belayar selama 3 bulan..
Setelah dier pergi belayar selama 3 bulan lebih.. Ibu aq disahkan mengandung..
Ini yang membuat dier khuatir..
Tapi,nasib yang baek.. Semasa kapal ayah aq berlabuh di India..
Dier sempat menilik nasibnyer..
Dan tok sami itu ada memberitahunyer yang ayah aq akan mendapat seorang anak perempuan (Mahalakshmi) tak lama lagi.. *Mahalakshmi membawa maksud tuah*
So,hal ibu aq mengandungkan aq tidak menjadi masalah..
And ibu aq pula.. Seowang suri rumah tangga yang tak sepenuh masa..
Sebab dier mengajar tusyen untuk anak2 tentera yang lain
Semasa aq masih dalam kandungan ibu,Ibu dan adik-beradik aq masih tinggal di rumah ayah,iaitu kuaters pangkalan tentera laut
Semasa ibu aq sarat mengandung 8 bulan,baru ibu dan adik-beradik aq berpindah ke rumah nenek di Teluk Intan.
Perempuan biasanyer lebih suka tinggal di rumah ibu kandung masing2 semasa saat2 hendak melahirkan anak
Bersambung..
No comments:
Post a Comment