Thursday, 24 March 2011

Benci dengan Kaum Adam di muka bumi ini!

Tak ada apa yg boleh dibandingkan utk meluahkan rasa hati sy nie skarang. Pedih, ngilu & seribu mcm rasa yg x dapat sy gambarkan. adakah sy mmg ditakdirkan utk sebegini?? Merana sepanjang hidup? Apsal lelaki yg mendampingi sy skrng hanya bersama2 dgn saya utk seks atawpun dgn muslihat2 tertentu? Kenapa tak ader yg setia ataw pown tulus walaupun dlm persahabatan. mengapa sentiasa ader org yg cuba mengunakan sy jika ader peluang? Mengapa?

Salah sy kah kerana telah kehilangan mahkota diri pada umur yg sebegini muda? Adakah itu sebabnyer hidupku tak pernah bahagia. dan kenapa sy slalu buta dalam menilai erti cinta dan kasih syg? Mengapa? Mengapa yg kaca sy sangka pertama dn permata sy buang dlm lumpur? Terkapai2 mencari pown tak jumpa.. sbb ader yg lebih baik telah mengambilnyer..

aq telah kehilangannyer buat selama-lamanyer. mengapa aq mudah percaya pada org ketiga dn sanggup membuang dier dari hidup sy? dn kerana ingin membalas dendam padanyer sy telah memilih yg salah dn terjerat sekarang! Kerana ingin menujukkn kepadanyer yg aq juga blh mempunyai keksh dlm masa yg singkat, aq telah membuta dn memilih.. sekarng, sapa yg rugi? sapa yg tersiksa? sy juga..

tak guna menyalahkan org lain bg kesalahan yg telah dibuat sendiri. Harap sy akan lebih berhati2 selepas ini. walaupun bukan mudah utk melupakan segala-galanya. saya akn cuba. sy akan cuba utk hidup bg diri sendiri dan ibu sy. lebih penting rasanyer.

kekasih hati mahupun suami mungkin pergi bersama perempuan lain, ttp pelajaran sy tidak akn sesekali meninggalkn sy walau betapa buruk pown diri sy. sy telah mempelajari sesuatu yg baru. begitu mudah sudah baginyer utk membuang diri sy..

Mungkin sudh lupa dirinya ttg kedtgannyer ke rumah sy, memujuk utk kembali bersama dengan janji2 manis yg tipu2 belaka dn bunga sekaradar pembantu pelakon. sekarang, habis madu,sepah dibuang. belum sampai semiggu sy menerima semula, sudh mula menunjuk belang. Ingat, walaupun sy ternoda, ttp sy masih mempunyai maruah diri yg tak mungkin sy akn tinggalkan bg lelaki seperti kamu. lebih teruk drpd bapa dn abg yang pernah memusnahkan hidup sy!

Benci dengan kaum Adam di muka bumi ini!!

Saturday, 26 February 2011

Hari ini hari jadi saya.. Sy sepatutnyer menjadi gadis yg paling gembira pada hari ini.. Tp?
Sy tak ada sapa2 pown.. Hidup ini sy rasa kosng sgt2. Tak ader owng sambut birthdy sy. Bg sy cake.. Suprise party.. Tak ada aper2 pown..
I feel like die-ing today.. Just hope to see wether ter'l b nyone to come and pay me a visit..

Friday, 14 January 2011

Hancur Luluh Hati ini ;'(

Ya Allah..
Dah lama rasanyer tak basahkan bibir dengan perkataan nie..
Rindunyer dengan DIA..

Allah,kau maha pengampun kan?
Maha pengasih kan?
Dimana kemaafkan untuk segala kesalahan dan kesilapan aq?
Dah byk kali aq bertaubat..
Tak cukup lagikah Ya Allah..

Aq dah kata,aq tak sanggup idop bersama dengan lelaki yang mengetahui semua ttg aq
Ia sgt memeritkan..
Tapi dia juga yang menjanjikan aq macam2 pada masa itu..
Aq masih ingat, dia sanggup tidak mengadaikan bilik di rumahnya dendan pasangan suami isteri kawan dier sebab sy tak setuju..
Dier kata,'Money is not Important for ME,U r more important for me baby'

Tapi,mulut itu jugak yg mengulang semua memori2 yg aq ingin lupa kerana MONEY?
Sumpah!
Hancur luluh hati aq masa nie

Ya Allah,
KAU bantulah aq..
Aq terasa sgt kerdil pada masa nie
tersangat2 kerdil Ya Allah..

Aq sedar sgt2 Ya Allah,tanpa duit,manusia tak mempunyai apa2..
mahupun keluarga sendiri

You have promised not to dig my past stories,
Not even a single of it..
But now?
Sanggup sebut tentang aq dengan cinta lama aq?
Sampai hati kamu yer?

Sumpah demi Allah,
aq telah hilang keupayaan,kekuatan yg aq bina selama nie dalam diri aq
Aq pasrah Ya Allah..

Aq redha,aq perempuan yg ternoda.
Aq mengaku,betul aq perempuan yg buruk akhlak tapi aq juga mempunyai maruah
Klau awak rasa sy budak kecil lagi..
Kenapa tak buang sy dari hidup awak dulu jer?
Apsal awak tak halang saya dari cintakan aqak?

Kalau awak tak dapat lupakan pasal saya punyer past?
Knapa biler sy sudah nak keluar dari hidup awak,awak tak bagi saya keluar?
Knapa awak bagi kata2 manis yang awak dah lupakan segala nya?
Kenapa awak kata awak sanggup bahagiakan saya kalaupun awak sanggup berkorban?
Knapa awk kata awak sanggup terima saya seadanyer klau awak tak boleh sebenarnya?
Knapa awak kata awak syg saya sampai mati?
Knapa awak kata awak akn jaga saya sepenuh hati seperti isteri mengandung?
Knapa awak kata awak sanggup buat apa saja untuk saya?

Kenapa awak kata semua nie tanpa berfikir?
Kenapa awak ckp semua nie kalau u betul2 tak memaksudkan nyer?
Kenapa awak buat saya syg balik kat awak sampai mcm nie?
Knapa?

Awak jangan tuduh saya,awak jangan ckp sy jenis tak puas hati,saya jenis yg suka cari gaduh semua..
Jika apa yg awak pernah kata kat saya sebelum nie semua adalah benar..
Awak pasti tak akan cepat berputus asa dengan tingkah laku saya
Awak pasti tidak akn menjadi begini?

Sekarang mungkin sy perempuan yg malang,takde apa2?
Tapi percayalah.. Saya akan ada semuanyer di masa akan datang..
DUIT yg awak mahukan,badan dan kecantikan yg awak idamkan dan semua2 nyer yang laen..

Tapi mungkiin HATI & PERASAAN saya sudah mati pada masa itu
Jiwaku sudah hampir mati..

Ya Allah,kau maafkan lah segala kesalahan aq padanyer sebelum nie..
BerikanLAH aq kemaafan Ya Allah

Friday, 7 January 2011

Luahan Hati #1

Aq seorang gadis yang dilahirkan pada tahun 1992
Ini bermakna aq berumur 19 pada tahun 2011 ini..
Aq dilahirkan pada 27 Feb di Hospital Besar Batu Gajah,Perak

Dimana setelah aq dilahirkan di hospital itu..
Kami berpindah ke Teluk Intan dimana rumah nenek dan saudara mara ibu aq terletak
Aq tidak pernah menjejakan kaki di pekan Batu Gajah itu sehingga sekarang..
Mesti sudah banyak yang berubah disitu

Aq dilahirkan pada hari khamis pada pukul 11.49am
Mengikut kepercayaan orang india.. Aq lahir seminit sebelum waktu celaka bermula..
Ya,aq gadis India yang beragama Hindu.

Pada masa aq lahir itu, aq sudah mempunyai seorang kakak dan seorang abang..
Sewaktu aq lahir.. kakak aq berusia 11 tahun manakala abang aq 9 tahun
Sangat jauh bezanya jarak antara usia aq dan mereka..
Aq lahir ketika ibu aq berumur 37 tahun..

Setelah abang aq lahir,Ibu aq tidak mahu mempunyai anak lagi..
Dimana dier telah menggunakan kaedah IUD yang popular pada masa itu
Setelah hampir 9 tahun dier memakai IUD itu,dier membuat keputusan untuk
mengeluarkan IUD itu dengan jaminan yang dier tak mungkin akn mengandung lagi setelah 9 tahun tiada anak.. Lagipun usianya sudah selewat 37 tahun

Tapi,wat to do!
Aq TER-ada jugak dalam kandunganyer
Disebabkan dier sayangkan kandungan yang sudah 4 bulan itu..
Dier tidak jadi menggugurkan nyer..
Klau tidak mungkin tidak wujud belog nie setelah 19 tahun :)

Pada masa ibu aq mengandungkan aq,dier sangat takut pada ayah aq..
Ayah aq merupakan seorang tentera laut.. Dier berada di rumah selama 3 bulan.. dan belayar selama 3 bulan..
Setelah dier pergi belayar selama 3 bulan lebih.. Ibu aq disahkan mengandung..
Ini yang membuat dier khuatir..

Tapi,nasib yang baek.. Semasa kapal ayah aq berlabuh di India..
Dier sempat menilik nasibnyer..
Dan tok sami itu ada memberitahunyer yang ayah aq akan mendapat seorang anak perempuan (Mahalakshmi) tak lama lagi.. *Mahalakshmi membawa maksud tuah*

So,hal ibu aq mengandungkan aq tidak menjadi masalah..
And ibu aq pula.. Seowang suri rumah tangga yang tak sepenuh masa..
Sebab dier mengajar tusyen untuk anak2 tentera yang lain
Semasa aq masih dalam kandungan ibu,Ibu dan adik-beradik aq masih tinggal di rumah ayah,iaitu kuaters pangkalan tentera laut
Semasa ibu aq sarat mengandung 8 bulan,baru ibu dan adik-beradik aq berpindah ke rumah nenek di Teluk Intan.
Perempuan biasanyer lebih suka tinggal di rumah ibu kandung masing2 semasa saat2 hendak melahirkan anak


Bersambung..

Kenapa Hawa tercipta ketika Adam sedang tidur?



Sedang aq melayari internet nie..
Tiba2 terbaca tentang Adam & Hawa..
Manusia pertama yang diciptakan oleh-NYA
Tuhan bukan cipta manusia sebagai lelaki dan perempuan..
Bukan hanya sekadar suka semata-mata..

Tetapi ia mengandungi maksud yang sangat mendalam
Yang bukan semua lelaki mahupun perempuan akan faham..


ADAM..
Mengapa Hawa tercipta ketika Adam sedang tidur?? Begini…Seorang lelaki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya (tubuhnya), hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan zuriat dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya & mendidiknya dgn penuh kecintaan..

ADAM..
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

OLEH ITU ADAM..
Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

ADAM..
Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sukar untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang ….

ADAM..

Adam, aku suka kalau kau mengimami sembahyang ku pada setiap waktu. Akan ku aminkan bacaan doamu. Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku untuk bertahajjud bersamamu. Kau kenalkan aku masjid-masjid dan majlis agama. Kau ajari aku untuk pandai membaca dan memahami Al-Quran, imamku. kau ajaklah aku untuk baca Yassin bersamamu di malam Jumaat yang penuh berkat. Kau khabarkan aku tentang fardhu-fardhu yang patut aku tahu. Tunjukkanlah aku perkara sebenar yang patut aku buat kerana ADAM, kau pembimbingku!..amin..

Bagai prolog..

Aq seowang gadis yang sudah berumur 19 tahun pada tahun 2011 ini..
Tangan masih giat menulis 2010.. Masih tidak dapat menerima realiti yg ia sudah pown 2011..

Ini bermakna.. Sudah 19 tahun aq lahir di dunia nie..
Sudah 19 tahun aq bernafas di dunia nie..
Sudah 19 tahun juga aq meminjam dunia nie dari-NYA
Sudah 19 tahun juga aq berkongsi dunia dengan ciptaan2-NYA yang laen

Tapi,jika dilihat.. ditafsir semula..
Apa yang telah aq buat sepanjang 19 tahun nie..
Bagi aq semuanyer tidak pernah memberi apa2 makna
Tiada satu perkara pun yang aq lakukan telah membawa kebaikan kepada diri sendiri mahupun pada owang disekeliling aq


Apa salah aq? Di mana silap aq?
Aq ingin menulis semuanyer disini..
Untuk mentafsir.. menilai semua2 yang telah aq lakukan dlm hidup aq..

Bagi yang membaca.. Mesti sedang memikir..
Apalah yang mampu dilakukan oleh budak perempuan berusia 19 tahun?

Aq..
Seowang perempuan..
Berusia 19 tahun

Telah melakukan banyak perkara dalam hidup..
Yang tak mungkin ramai tak pernah terbayang

Tentang aq

Entri pertama setelah aq memulakan belog nie
Aq tidak mahu identiti aq terdedah

Biarlah ianya rahsia
Aq tidak mahu orang melihat dan mengetahui tentang diri aq
Cukup dengan hanya mendengar
Jika ada yang sudi mendengar

Di sini..
LUAHAN HATI

Di mana aq akan meluahkan segala perasaan aq
Akan aq menceritakan semua yang terjadi dalam hidup aq
Sebagai pengajaran buat diri aq

Dan juga diri pembaca (jika ada)
Supaya tidak mengulang segala yang telah dilakukan dalam hidup nie..

Tentang aq..
Tak perlulah diketahui

Cukup lah jika aq dikenali sebagai seowang perempuan
Yang memilih jalan yg salah dalam hidup
Dan
sedang melalui setiap setiap detik hidupnya dengan kenangan masa silam
yang menghantui masa depan..